Isnin, 14 November 2022

MAMPUKAH DATUK SERI REEZAL PERTAHANKAN KERUSI KERAMAT UMNO PULAU PINANG?

 


KEPALA BATAS boleh di sifatkan sebagai kerusi keramat kerana dikala semua kerusi parlimen BN/UMNO jatuh kerusi parlimen Kepala Batas masih utuh bertahan.

Berdasarkan catitan sejarah kerusi parlimen ini tidak pernah jatuh kepada mana-mana parti lawan semenjak PRU 1 hingga PRU 14.

Namun perkembangan politik mutakhir ini menunjukkan sokongan terhadap calon BN/UMNO agak menurut tetapi masih mampu bertahan.

Dalam PRU 13 dulu Datuk Seri Reezal yang mewakili BN/UMNO 25,128  undi. Manakala dalam PRU 14 BN/UMNO yang masih diwakili oleh Datuk Seri Reezal Marican hanya mendapat undi sebanyak 22,459 undi. Angka itu menurun sebanyak 2,669 undi, satu angka yang agak besar.

Bagi menghadapi PRU 15 ini BN/UMNO masih terus memberikan kepercayaan kepada Datuk Seri Reezal Marican mempertahankannya. Mampukah Datuk Seri Reezal Marican mempertahankannya?

Datuk Seri Reezal bakal di tentang oleh Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) sekali lagi, juga  Danail Abdul Majed (PH-Muda) dan  Hamidi Abu Hassan (PEJUANG/GTA)

Datuk Seri Reezal Marican dirasakan tidak menghadapi masalah terhadap calon PKR/Muda dan juga PERJUANG/GTA.

Walaupun dalam pilihanraya 14 calon PKR memperolehi undi yang kedua terbanyak iaitu 17, 723  undi.

Tapi kali ini PH diwakili oleh MUDA dan penyertaan MUDA dalam gagasan politik PH memang tidak begitu di senangi oleh akar umbi PKR.

Diyakini calon PH/MUDA ini tidak berupaya memperolehi undi yang diperolehi oleh PKR dalam pilihan raya lepas sebanyak 17, 723  undi.

Manakala calon PEJUANG/GTA pula pasti gagal bersaing kerana seperti semua kita tahu PEJUANG/GTA  tidak mempunyai akar umbi untuk membantu mengerakkan jentera pilihanraya.

Calon sebenar diyakini akan mencabar Datuk Seri Reezal Marican ialah Dr. Siti Mastura Mohamad yang bertanding atas tiket PN. Dalam PRU 14 Dr. Siti Mastura memperolehi undi sebanyak 12,120 undi.

Dr. Siti Mastura Mohamad Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) adalah bekas pensyarah UITM dan memperolehi ijazah sarjana dan doctor falsafahnya yang membawa gelaran doctor dari USM.

Dr. Siti Mastura Mohamad memperolehi ijazah serjana mudanya dari Universiti Al-Azhar, Mesir..

Disamping itu Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) juga merupakan seorang aktivis politik PAS yang hebat. Disamping menjawat jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS, beliau juga menyandang pelbagai jawatan baik di peringkat kawasan, negeri dan Pusat.

Tambah menyakinkan lagi Dr. Siti Mastura  Mohamad adalah anak tempatan. Beliau merupakan orang Permatang Tinggi C, Kepala Batas serta seorang yang cukup muda terlibat dalam dunia politik baru  berusia 33 tahun.


SAYA MOHON LAWATI JUGA 

CHANNEL YOUTUBE  SAYA

"MAMPUKAH UMNO PULAU PINANG TERUS  BERNAFAS"




Selasa, 12 Januari 2021

PULAU PINANG HILANG PRODUK PERLANCONGAN

 KALAU kita lihat di mana saja gambar feri baik di buku, majalah, video mahu pun televisyen  kita pastikan terbayangkan Pulau Pinang. Feri Pulau Pinang itu sudah terletak di minda warga Malaysia feri ikonik adalah  lambang Pulau Mutiara  secara tidak rasmi.

Feri Pulau Pinang itu yang mempunyai  rekabentuk yang unik lain dari yang lain dan tidak kedapatan di mana-mana  pengangkutan air di negara ini malah diyakini di rantau Asia Tenggara.Perkhidmatan feri ikonik ini telah mencecah usia 125 tahun.

Diyakini dengan penamatan khidmat feri  ikonik  ini yang merupakan satu kehilangan besar  dalam senarai produk perlancongan  negeri ini. Perkhidmatan ikonik feri  ini merupakan salah satu tarikan pelancong baik dalam mahu pun luar negara yang  begitu tinggi nilainya. Dipercayai para pelancong dosmetik yang datang ke Pulau Pinang tidak akan melepaskan peluang menaiki feri ini selain melalui jambatan Pulau Pinang.

Perkhidmatan feri yang menghubungan bahagian pulau dan tanah besar ini dimulakan  oleh Quah Beng Kee bersaudara pada tahun 1894. Waktu itu  mereka hanya menggunakan bot kecil biasa dengan kuasa wap.

Pada tahun 1924 perkhidmatan feri itu telah diambil alih sepenuhnya oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang dan  dinaik taraf dan  boleh mengangkut kenderaan bermotor. Pada mulanya pihak Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang  hanya memiliki sebuah  feri berkuasa wap iaitu 'Seberang' yang dibina oleh Lembaga Pelabuhan Singapura.


Berikutan
 sambutan ramai yang amat menggalakkan , LPPP menambah dua buah feri lagi iaitu Tanjong dan Kulim sebelum sebuah lagi feri (Bagan) ditambah pada tahun 1938. Namun perkhidmatan  fei lumpuh  apabila berlakunya  Perang dunia kedua yang berlaku pada 1941.Tentera Jepun telah menenggelamkan feri   Tanjong dan Kulim di perairan pelabuhan manakala feri Bagan dibawa lari ke Sumatera.

Selepas tamat perang, feri Bagan berjaya dibawa balik   dan dibaiki  serta  menyambung semula operasinya.  Pada 1956, LPPP telah ditukar nama dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Sepanjang 1957-1959, SPPP menambah lima buah feri membawa penumpang dan kenderaan berat.

Perkhidmatan feri telah diambil alih oleh Prasarana Malaysia Berhad pada 2017 dan ditukar nama kepada perkhidmatan Rapid Ferry. Rapin Ferry ini  telah menamatkan perkhidmatan feri ikonik yang menjadi lambang kebanggaan dan keunikan warga Pulau Pinang diganti dengan bot laju pada 1 Januari 2021.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Datuk Tan Teik Cheng, bot laju yang diperkenalkan ini hanya untuk membawa penumpang penjalan kaki sahaja. Manakala feri yang sedia ada hanya akan membawa kenderaan dua roda.

Tindakan kerajaan pusat melalui syarikat Prasarana Malaysia Berhad sebenarnya telah menghapuskan salah satu produk pelancongan yang unik di Pulau Mutiara. Tindakan ini juga telah menghilangkan lambang tak rasmi  negeri ini yang telah terletak di minda bukan saja warga Pulau Pinang malah rakyat Malaysia.


TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMBACA ARTIKEL DI ATAS. SEKIRANYA TUAN/PUAN BERKELAPANGAN BOLEH JUGA MENGIKUTI VIDEO DARI CHANNEL YOUTUBE SAYA INI.


 

SEKIRANYA TUAN2/PUAN2  BOLEH MENULIS SAYA MENJEMPUT TUAN2/PUAN MENGHANTAR ARTIKEL, CERPEN ATAU PUISI KE BLOG INI. CERPEN DAN PUISI YANG TERSIAR DI SINI DA BLOG2 LAIN KELOLAAN BLOGGER AKAN DIPERTIMBANGKAN UNTUK DIANTOLOGIKAN.


MENGENAI, KHIDMAT & HUBUNGI KAMI

 MENGENAI KAMI

 PP MY NEGERI adalah sebuah portal untuk warga Pulau Pinang. Portal ini akan membicarakan soal melayu Pulau Pinang juga isu-isu lain yang berkiatan dengan negeri ini. 

Disamping itu portal ini ada menyediakan peluang dan ruang untuk para perniaga khususnya perniaga kecil untuk memperkenalkan perniagaan, perkhidmatan atau produk yang diniagakan di internet dan media social.

Tuan2/Puan2 boleh menempah banner iklan di bawah artikel atau ditengah2 artikel dalam blog ini. Kami akan menghadiahkan satu article mengenai perniagaan Tuan/Puan dan menyiarkan di UTARA BIZ atau MEDIA UTARA. Artikle ini kami akan share dengan grup komuniti yang terdapat di FB di kawasan Tuan/Puan menjalankan perniagaan.

Kami juga akan membuat Vedio biasa atau vedio bergambar berbentuk slide yang akan dimuat naik di Youtube dan akan di selit di bawah article kami mengenakan bayaran yang amat berpatutan.





 


NAK IKLAN BISNES ANDA?

 Anda seorang perniaga! Anda  sedar pemasaran  melalui  iklan merupakan segmen yang cukup penting dalam memajukan perniagaan dan meningkatkan jualan. Tapi anda tidak cukup masa untuk melakukannya! Anda juga tidak punya kakitangan yang cukup untuk menggerakkan promosi. Budget anda juga terlalu kecil untuk membiayai kegiatan pengiklanan. Malah kadang kala anda tidak tahu bagaimana nak iklankan.

                                                     

Jangan risau hubungi kami,  kami akan membantu anda menyelesaikan masalah promosi dengan kos yang cukup rendah. Kami akan buat banner bisnes anda di blog ini dan  menulis article dan diposkan ke Portal Utara Biz atau Media Utara. Kami juga akan buat vedio mudah dan di poskan ke Youtube. Video Youtube itu akan diselitkan juga di bawah article yang dibuat. Atikle yang dimuatkan di Utara Biz kami akan promosikan ke grup komuniti di FB di sekitar kawasan perniagaan anda seminggu sekali selama sebulan.

 Kami juga akan membuat banner yang akan diletak di bawah artikel dan blog lain dan linknya akan disambung kepada artikel yang telah dibuat. Harga yang ditawarkan cukup murah hanya RM250.00.

Sekiranya anda ingin terus promosi dalam grup komuniti berhampiran kawasan perniagaan anda dengan menggunakan artikel yang sama kami hanya tawarkan RM100.00 untuk seminggu sekali selama sebulan.

 

 HUBUNGI ARZAMAN SULAIMAN
                      DI TALIAN 019-860 3093 (WHATSAPP)                       ATAU TELEGRAM 010-231 3093


Selasa, 8 Mei 2018

ANALISA PRU 14 BAGI NEGERI PULAU PINANG


BENTENG BN DI PULAU PINANG HAMPIR RANAP


SUDAH dua penggal PAKATAN HARAPAN yang dulunya PAKATAN RAKYAT menguasai Pulau Pinang. Kerajaan PAKATAN HARAPAN DI Pulau Pinang dikuasai oleh DAP dan dibantu oleh PKR. PAKATAN HARAPAN Berjaya menguasai kesemua kerusi yang bermajoriti China dan menyaksikan parti-parti komponen BN seperti GEARAKAN dan MCA kehilangan kerusi.  

Dalam PRU 13 hanya UMNO parti komponen BN yang mampu bernafas di Pulau Pinang. BN melalui UMNO berjaya memenangi  3 daripada 13 kerusi parlimen di Pulau Pinang. Sementara UMNO  yang mewakili BN Berjaya memenangi 10 daripada 40 kerusi DUN. Mampukah BN melalui UMNO berjaya menambah kerusi Parlimen dan DUN di Pulau Pinang? Mampukah parti komponen BN yang lain mampu mengugat PAKATAN HARAPAN di Pulau Pinang?

Berdasarkan analisa dan ramalan yang dibuat mendapati parti komponen BN seperti GERAKAN dan MCA hampir pasti tidak berjaya mengugat kekuatan PAKATAN RAKYAT.  Analisa  yang dibuat mendapati sokongan masyarakat China kepada PAKATAN HARAPAN bertambah kuat, bagi mereka Kerajaan Pusat cuba memburukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pelbagai skandal dan sehingga kini gagal dibuktikan sedangkan  segala skandal Kerajaan Persekutuan disembunyikan.

Kepimpinan  UMNO di Pulau Pinang juga cuba memburukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Mereka cuba melemparkan pelbagai masalah Melayu Pulau Pinang kini berpunca daripada DAP yang hanya baru dua penggal berkuasa. Orang melayu yang rasional sedar punca masalah melayu Pulau Pinang sudah lama sejak Kerajaan Negeri di kuasai oleh BN yang diterajui oleh GERAKAN. Ketika itu pemimpin UMNO dilihat membisu apa saja yang dibuat oleh GERAKAN.

Pemimpin UMNO di Pulau Pinang juga menyerang DAP sebagai Kerajaan Negeri yang anti Islam dan sebagainya. Usaha itu gagal apabila Kerjaan Negeri yang dipimpin oleh DAP telah memperuntukkan yang banyak RM457 juta kepada hal-ehwal agama sejak 2008, iaitu peningkatan 84% berbanding RM249 juta bagi tempoh masa yang sama panjang sebelum 2008 yang dipimpin oleh GERAKAN.

Malah Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga  memperuntukkan untuk sekolah agama di negeri  berjumlah RM55.3 juta sejak tahun 2008. Ini tidak termasuk tanah yang diambil alih atau yang diberi kepada sekolah agama. Sekolah agama tidak hanya menerima RM1.75 juta setiap tahun, tetapi jumlah yang lebih besar, di bawah portfolio Exco bagi hal-ehwal agama Islam.

Namun segala dakyah yang dilemparkan oleh para pemimpin UMNO gagal menyakinkan orang melayu di Pulau Pinang kecuali aktivis UMNO.  Kini keadaan bertambah parah apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dinamakan  sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya PAKATAN HARAPAN menang dalam PRU kali ini. Tindakan bijak kepimpinan tertinggi PAKATAN HARAPAN mampu menarik lebih banyak sokongan orang melayu kepada PAKATAN HARAPAN.

Berdasarkan keadaan  ini didapati 3 kerusi parlimen BN/UMNO iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau juga berada dalam keadaan goyah  dan tidak mustahil tumbang dalam PRU kali ini. Jika tumbang bermakna PAKATAN HARAPAN berjaya menyapu bersih 13 kerusi parlimen di Pulau Pinang. Sekiranya UMNO Pulau Pinang ingin mengekalkan 3 kerusi Parlimen ini mereka kena berusaha mendapat sokongan orang melayu sebanyak 50% dan sokongan masyarakat lain sebanyak 30%.
Pengkiraannya seperti berikut :-



Bukan sekadar kerusi parlimen melayu yang tergugat diyakini kerusi DUN yang dimenangi oleh UMNO 10 kerusi juga berada dalam keadaan cukup bahaya dan boleh tumbang dalam pilihanraya kali ini. Hanya tiga DUN milik UMNO yang dirasakan agak  selamat, DUN-DUN itu ialah N1 Penaga,  N4 Permatang Berangan dan N5 Sungai Dua.

Apabila kita berbicara  mengenai pilihanraya di Pulau Pinang maka tidak akan lengkap sekiranya tidak memperkatakan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kawasan parlimen pencetus gerakan reformasi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam pilihanraya kali ini PAKATAN HARAPAN menamakan PUTERI REFORMASI Nurul Izzah anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengiraan yang dibuat Nurul Izzah Berjaya mempertahan kerusi parlimen tersebut walaupun mendapat tentangan yang agak sengit dari Datuk Zaidi, Ketua UMNO Bahagian Permatang pauh yang telah lama bekerja. Namun Nurul Izzah tetap berjaya mempertahankannya.


Bagaimana pula DUN  N11 Permatang Pasir yang merupakan satu-satu kerusi PAS di Pulau Pinang sebelum ini. Diyakini PAS telah mengimpot sejak sekian lama pendokong tegar PAS untuk mengundi di DUN tersebut. Berdasarkan pengkiraan yang dibuat PAS juga akan berputih mata kali ini dan kerusi tersebut akan di menangi oleh calon PAKATAN HARAPAN, Muhammad Faiz Fadzil anak Presiden PAS Datuk Fadzil Noor.


Hakikatnya di Pulau Pinang PAKATAN HARAPAN menyapu bersih 13 kerusi parlimen dan 37 kerusi daripada 40 kerusi DUN. Kejayaan ini pastinya membantu memudahkan laluan PAKATAN HARAPAN ke PUTRAJAYA.

Selasa, 27 Mac 2018

MUQADIMAH BLOGGER


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.,

Blog ini baru saya dibina yang bertujuan untuk membicarakan mengenai MASALAH MELAYU PULAU PINANG. Masalah yag melanda melayu Pulau Pinang bukannya baru timbul hari ini seperti yang dijaja oleh sestengah pihak selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP. Hakikat sebenarnya masalah melayu Pulau Pinang mula dirasai sejak zaman kekuasaan Dr. Lim Chong Eu (Kini Tun) lagi.

Dr. Lim Chong Eu mengambil kesempatan melalui hubungan baiknya dengan Perdana Menteri Tun Razak untuk membangunkan Pulau Pinang mengikut acuannya. Memang Pulau Pinang kelihatan cukup maju tetapi golongan melayu atau bumiputra terpinggir daripada arus pembangunan dan kemajuan itu.

Para pemimpin UMNO ketika itu tidak berani menyuarakan  perasaan tertekan kepada Perdana Menteri Tun Razak kerana mereka mengetahui hubungan Tun Razak dengan Dr. Lim Chong Eu begitu akrap. Sebenarnya inilah kelemahan kepimpinan Melayu Pulau Pinang khususnya pemimpin UMNO  ketika itu.

Adakah kelemahan orang melayu ini di warisi sikap Laksamana Tun Tuah  terlalu menghormati pemimpin  dan patuh kepada pemimpin. Rata-rata orang melayu tidak mempunyai ciri-ciri Hang Jebat yang berpegang kepada prinsip “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”.


Akibatnya orang melayu Pulau Pinang terpinggir dari arus pembangunan dan kemajuan  negeri Pulau Pinang. Jadi Dr. Lim Chong Eu telah membina jurang yang terlalu jauh diantara orang Cina dan Melayu di Pulau Pinang, untuk mengejar rasa tidak mungkin dalam waktu yang terdekat ini.

Jadi blog ini akan membicarakan MASALAH MELAYU PULAU PINANG dengan telus dan akan membawa pembaca membuat analisa dan berfikir dengan lebih rasional tanpa dipengaruhi fahaman politik. Sekiranya kita terikat dengan fahaman politik dan bersikap seperti Laksamana Hang Tuah keseluruhan masyarakat melayu tidak akan ke mana, mungkin kita akan mendapat pangkat, darjat dan kekayaan sebagaimana Tun Tuah tapi semata-mata untuk diri dan keluarga kita saja manakala orang melayu lain tidak akan memperolihi apa-apa.

Namun semua itu tidak bermakna sepertimana Tun Tuah sugul dan kecewa selepas berjaya membunuh Hang Jebat yang dikatakan menderhaka. Jadi blog ini akan membicarakan soal melayu Pulau Pinang berdasarkan fakta dan pandangan yang positif bagi membangkitkan semangat melayu Pulau Pinang agar terus berjuang mengatasi Masalah Melayu Pulau Pinang yang sekian lama menghantui Orang Melayu Pulau Pinang.

Selamat Membaca.