Selasa, 12 Januari 2021

PULAU PINANG HILANG PRODUK PERLANCONGAN

 KALAU kita lihat di mana saja gambar feri baik di buku, majalah, video mahu pun televisyen  kita pastikan terbayangkan Pulau Pinang. Feri Pulau Pinang itu sudah terletak di minda warga Malaysia feri ikonik adalah  lambang Pulau Mutiara  secara tidak rasmi.

Feri Pulau Pinang itu yang mempunyai  rekabentuk yang unik lain dari yang lain dan tidak kedapatan di mana-mana  pengangkutan air di negara ini malah diyakini di rantau Asia Tenggara.Perkhidmatan feri ikonik ini telah mencecah usia 125 tahun.

Diyakini dengan penamatan khidmat feri  ikonik  ini yang merupakan satu kehilangan besar  dalam senarai produk perlancongan  negeri ini. Perkhidmatan ikonik feri  ini merupakan salah satu tarikan pelancong baik dalam mahu pun luar negara yang  begitu tinggi nilainya. Dipercayai para pelancong dosmetik yang datang ke Pulau Pinang tidak akan melepaskan peluang menaiki feri ini selain melalui jambatan Pulau Pinang.

Perkhidmatan feri yang menghubungan bahagian pulau dan tanah besar ini dimulakan  oleh Quah Beng Kee bersaudara pada tahun 1894. Waktu itu  mereka hanya menggunakan bot kecil biasa dengan kuasa wap.

Pada tahun 1924 perkhidmatan feri itu telah diambil alih sepenuhnya oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang dan  dinaik taraf dan  boleh mengangkut kenderaan bermotor. Pada mulanya pihak Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang  hanya memiliki sebuah  feri berkuasa wap iaitu 'Seberang' yang dibina oleh Lembaga Pelabuhan Singapura.


Berikutan
 sambutan ramai yang amat menggalakkan , LPPP menambah dua buah feri lagi iaitu Tanjong dan Kulim sebelum sebuah lagi feri (Bagan) ditambah pada tahun 1938. Namun perkhidmatan  fei lumpuh  apabila berlakunya  Perang dunia kedua yang berlaku pada 1941.Tentera Jepun telah menenggelamkan feri   Tanjong dan Kulim di perairan pelabuhan manakala feri Bagan dibawa lari ke Sumatera.

Selepas tamat perang, feri Bagan berjaya dibawa balik   dan dibaiki  serta  menyambung semula operasinya.  Pada 1956, LPPP telah ditukar nama dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Sepanjang 1957-1959, SPPP menambah lima buah feri membawa penumpang dan kenderaan berat.

Perkhidmatan feri telah diambil alih oleh Prasarana Malaysia Berhad pada 2017 dan ditukar nama kepada perkhidmatan Rapid Ferry. Rapin Ferry ini  telah menamatkan perkhidmatan feri ikonik yang menjadi lambang kebanggaan dan keunikan warga Pulau Pinang diganti dengan bot laju pada 1 Januari 2021.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Datuk Tan Teik Cheng, bot laju yang diperkenalkan ini hanya untuk membawa penumpang penjalan kaki sahaja. Manakala feri yang sedia ada hanya akan membawa kenderaan dua roda.

Tindakan kerajaan pusat melalui syarikat Prasarana Malaysia Berhad sebenarnya telah menghapuskan salah satu produk pelancongan yang unik di Pulau Mutiara. Tindakan ini juga telah menghilangkan lambang tak rasmi  negeri ini yang telah terletak di minda bukan saja warga Pulau Pinang malah rakyat Malaysia.


TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMBACA ARTIKEL DI ATAS. SEKIRANYA TUAN/PUAN BERKELAPANGAN BOLEH JUGA MENGIKUTI VIDEO DARI CHANNEL YOUTUBE SAYA INI.


 

SEKIRANYA TUAN2/PUAN2  BOLEH MENULIS SAYA MENJEMPUT TUAN2/PUAN MENGHANTAR ARTIKEL, CERPEN ATAU PUISI KE BLOG INI. CERPEN DAN PUISI YANG TERSIAR DI SINI DA BLOG2 LAIN KELOLAAN BLOGGER AKAN DIPERTIMBANGKAN UNTUK DIANTOLOGIKAN.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan