BENTENG BN DI PULAU PINANG HAMPIR RANAP
Namun segala dakyah yang dilemparkan oleh para pemimpin UMNO gagal menyakinkan orang melayu di Pulau Pinang kecuali aktivis UMNO. Kini keadaan bertambah parah apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dinamakan sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya PAKATAN HARAPAN menang dalam PRU kali ini. Tindakan bijak kepimpinan tertinggi PAKATAN HARAPAN mampu menarik lebih banyak sokongan orang melayu kepada PAKATAN HARAPAN.
Berdasarkan keadaan ini didapati 3 kerusi parlimen BN/UMNO iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau juga berada dalam keadaan goyah dan tidak mustahil tumbang dalam PRU kali ini. Jika tumbang bermakna PAKATAN HARAPAN berjaya menyapu bersih 13 kerusi parlimen di Pulau Pinang. Sekiranya UMNO Pulau Pinang ingin mengekalkan 3 kerusi Parlimen ini mereka kena berusaha mendapat sokongan orang melayu sebanyak 50% dan sokongan masyarakat lain sebanyak 30%.
Pengkiraannya seperti berikut :-
Bukan sekadar kerusi parlimen melayu yang tergugat diyakini kerusi DUN yang dimenangi oleh UMNO 10 kerusi juga berada dalam keadaan cukup bahaya dan boleh tumbang dalam pilihanraya kali ini. Hanya tiga DUN milik UMNO yang dirasakan agak selamat, DUN-DUN itu ialah N1 Penaga, N4 Permatang Berangan dan N5 Sungai Dua.
Apabila kita berbicara mengenai pilihanraya di Pulau Pinang maka tidak akan lengkap sekiranya tidak memperkatakan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kawasan parlimen pencetus gerakan reformasi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam pilihanraya kali ini PAKATAN HARAPAN menamakan PUTERI REFORMASI Nurul Izzah anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengiraan yang dibuat Nurul Izzah Berjaya mempertahan kerusi parlimen tersebut walaupun mendapat tentangan yang agak sengit dari Datuk Zaidi, Ketua UMNO Bahagian Permatang pauh yang telah lama bekerja. Namun Nurul Izzah tetap berjaya mempertahankannya.
Bagaimana pula DUN N11 Permatang Pasir yang merupakan satu-satu kerusi PAS di Pulau Pinang sebelum ini. Diyakini PAS telah mengimpot sejak sekian lama pendokong tegar PAS untuk mengundi di DUN tersebut. Berdasarkan pengkiraan yang dibuat PAS juga akan berputih mata kali ini dan kerusi tersebut akan di menangi oleh calon PAKATAN HARAPAN, Muhammad Faiz Fadzil anak Presiden PAS Datuk Fadzil Noor.
Hakikatnya di Pulau Pinang PAKATAN HARAPAN menyapu bersih 13 kerusi parlimen dan 37 kerusi daripada 40 kerusi DUN. Kejayaan ini pastinya membantu memudahkan laluan PAKATAN HARAPAN ke PUTRAJAYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan