Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.,
Blog ini baru
saya dibina yang bertujuan untuk membicarakan mengenai MASALAH MELAYU PULAU
PINANG. Masalah yag melanda melayu Pulau Pinang bukannya baru timbul hari ini
seperti yang dijaja oleh sestengah pihak selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan
DAP. Hakikat sebenarnya masalah melayu Pulau Pinang mula dirasai sejak zaman
kekuasaan Dr. Lim Chong Eu (Kini Tun) lagi.

Para pemimpin
UMNO ketika itu tidak berani menyuarakan perasaan tertekan kepada Perdana Menteri Tun
Razak kerana mereka mengetahui hubungan Tun Razak dengan Dr. Lim Chong Eu
begitu akrap. Sebenarnya inilah kelemahan kepimpinan Melayu Pulau Pinang khususnya
pemimpin UMNO ketika itu.
Adakah kelemahan
orang melayu ini di warisi sikap Laksamana Tun Tuah terlalu menghormati pemimpin dan patuh kepada pemimpin. Rata-rata orang
melayu tidak mempunyai ciri-ciri Hang Jebat yang berpegang kepada prinsip “Raja
Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”.

Jadi blog ini
akan membicarakan MASALAH MELAYU PULAU PINANG dengan telus dan akan membawa
pembaca membuat analisa dan berfikir dengan lebih rasional tanpa dipengaruhi
fahaman politik. Sekiranya kita terikat dengan fahaman politik dan bersikap
seperti Laksamana Hang Tuah keseluruhan masyarakat melayu tidak akan ke mana,
mungkin kita akan mendapat pangkat, darjat dan kekayaan sebagaimana Tun Tuah
tapi semata-mata untuk diri dan keluarga kita saja manakala orang melayu lain
tidak akan memperolihi apa-apa.
Namun semua itu
tidak bermakna sepertimana Tun Tuah sugul dan kecewa selepas berjaya membunuh
Hang Jebat yang dikatakan menderhaka. Jadi blog ini akan membicarakan soal
melayu Pulau Pinang berdasarkan fakta dan pandangan yang positif bagi
membangkitkan semangat melayu Pulau Pinang agar terus berjuang mengatasi
Masalah Melayu Pulau Pinang yang sekian lama menghantui Orang Melayu Pulau
Pinang.
Selamat Membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan