KEPALA BATAS boleh di sifatkan sebagai kerusi keramat kerana dikala
semua kerusi parlimen BN/UMNO jatuh kerusi parlimen Kepala Batas masih utuh
bertahan.
Berdasarkan catitan sejarah kerusi parlimen ini tidak pernah
jatuh kepada mana-mana parti lawan semenjak PRU 1 hingga PRU 14.
Namun perkembangan politik mutakhir ini menunjukkan sokongan
terhadap calon BN/UMNO agak menurut tetapi masih mampu bertahan.
Dalam PRU 13 dulu Datuk Seri Reezal yang mewakili BN/UMNO 25,128
undi. Manakala dalam PRU 14 BN/UMNO yang
masih diwakili oleh Datuk Seri Reezal Marican hanya mendapat undi sebanyak 22,459
undi. Angka itu menurun sebanyak 2,669 undi, satu angka yang agak besar.
Bagi menghadapi PRU 15 ini BN/UMNO masih terus memberikan
kepercayaan kepada Datuk Seri Reezal Marican mempertahankannya. Mampukah Datuk
Seri Reezal Marican mempertahankannya?
Datuk Seri Reezal bakal di tentang oleh Dr. Siti Mastura Mohamad
(PN) sekali lagi, juga Danail Abdul
Majed (PH-Muda) dan Hamidi Abu Hassan
(PEJUANG/GTA)
Datuk Seri Reezal Marican dirasakan tidak menghadapi masalah
terhadap calon PKR/Muda dan juga PERJUANG/GTA.
Walaupun dalam pilihanraya 14 calon PKR memperolehi undi yang
kedua terbanyak iaitu 17, 723 undi.
Tapi kali ini PH diwakili oleh MUDA dan penyertaan MUDA dalam
gagasan politik PH memang tidak begitu di senangi oleh akar umbi PKR.
Diyakini calon PH/MUDA ini tidak berupaya memperolehi undi
yang diperolehi oleh PKR dalam pilihan raya lepas sebanyak 17, 723 undi.
Manakala calon PEJUANG/GTA pula pasti gagal bersaing kerana
seperti semua kita tahu PEJUANG/GTA tidak mempunyai akar umbi untuk membantu
mengerakkan jentera pilihanraya.
Calon sebenar diyakini akan mencabar Datuk Seri Reezal
Marican ialah Dr. Siti Mastura Mohamad yang bertanding atas tiket PN. Dalam PRU
14 Dr. Siti Mastura memperolehi undi sebanyak 12,120 undi.
Dr. Siti Mastura Mohamad Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) adalah
bekas pensyarah UITM dan memperolehi ijazah sarjana dan doctor falsafahnya yang
membawa gelaran doctor dari USM.
Dr. Siti Mastura Mohamad memperolehi ijazah serjana mudanya
dari Universiti Al-Azhar, Mesir..
Disamping itu Dr. Siti Mastura Mohamad (PN) juga merupakan
seorang aktivis politik PAS yang hebat. Disamping menjawat jawatan Naib Ketua
Dewan Muslimat PAS, beliau juga menyandang pelbagai jawatan baik di peringkat
kawasan, negeri dan Pusat.
Tambah menyakinkan lagi Dr. Siti Mastura Mohamad adalah anak tempatan. Beliau
merupakan orang Permatang Tinggi C, Kepala Batas serta seorang yang cukup muda
terlibat dalam dunia politik baru
berusia 33 tahun.
SAYA MOHON LAWATI JUGA
CHANNEL YOUTUBE SAYA
"MAMPUKAH UMNO PULAU PINANG TERUS BERNAFAS"